‘Setulus Kasih Di Sisimu’ – Filem Pendek Menyentuh Hati Dari OPPO Sempena Hari Raya!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Seperti biasa, setiap tahun terdapat filem pendek yang akan ditontonkan kepada umum. Terbaru, OPPO Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan filem pendek raya berjudul ‘Setulus Kasih Di Sisimu’

Menampilkan empat senario berbeza, OPPO dilihat menggunakan OPPO F7 di dalam filem pendeknya kali ini. Senario pertama mengenai seorang ibu yang menunggu anaknya pulang untuk meraikan Hari Raya bersama tetapi anaknya tidak dapat pulang kerana sibuk.

Senario kedua mengenai seorang lelaki yang mengedar risalah promosi di jalanan tetapi tidak seorang pun yang memberikan balasan positif.

Senario ketiga tentang seorang pakcik yang mengalami kerosakan kereta di tengah-tengah jalan menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Orang ramai hanya tahu mengeluh tetapi tiada yang sudi membantu.

Senario terakhir pula mengenai ibu tunggal yang bekerja keras di restoran untuk mencari nafkah demi dua anak perempuannya. Walaupun menghadapi semua keresahan/kesusahan ini, masih adakah kebaikan yang berlaku kepada mereka?

Mari sama-sama lihat filem pendek dari OPPO Malaysia di bawah ini.

You might also like