
1.5 Billion Pengguna Log Masuk YouTube Setiap Bulan – Saluran Paling Pantas Berkembang
Carilah apa sahaja di YouTube, anda pasti jumpa apa yang anda cari. Video tular yang tersebar? YouTube sedia memainkannya untuk anda. Perkara ini lantas menjadikan YouTube dikenali oleh setiap peringkat umur dan mungkin boleh menjadikan anda salah seorang selebriti YouTube yang kaya raya.
Menurut CEO YouTube, Susan Wojcicki, jumlah 1.5 Billion ini dicatatkan hanya kepada pengguna yang aktif, selain jumlahnya akan meningkat lebih tinggi jika dicampurkan dengan pengguna yang tidak aktif. Tambah lagi, statistik menunjukkan pengguna aktif meluangkan masa sehingga satu jam sehari hanya untuk menonton video.
Mungkin anda yang sedang membaca ini antara yang aktif bukan? Terima kasih kepada jaringan Internet di Malaysia yang dikira baik setakat ini, mampu juga anda melihat iklan Raya tanpa tersekat bukan?!

