Video Slow-Mo 120 fps, Tak Powerlah! Sensor Baru Sony Boleh Capai 960 fps!

headerJualan smartphone jenama Sony ketika ini mungkin tidak semeriah yang mereka harapkan, kehadiran jenama-jenama lain yang mampu menawarkan spesifikasi yang setaraf dan lebih baik pada harga yang rendah menjadi salah satu sebab mengapa pengguna beralih arah. Namun itu tidak bermakna Sony tidak lagi menjadi pemain yang besar di dalam industri ini.

Sony masih lagi penting di dalam pasaran smartphone kerana mereka merupakan pengeluar terbesar bagi komponen yang penting pada sebuah smartphone. Majoriti peranti yang ada di pasaran menggunakan sensor Exmor keluaran Sony dengan kamera smartphone terbaik ketika ini menggunakan sensor model IMX378.

2Tidak lama lagi kamera smartphone akan menjadi lebih hebat dengan Sony baru sahaja mengumumkan sensor kamera terbaru. Sony mencipta sensor yang mengintegrasikan memori DRAM, sehingga membolehkan sensor ini menangkap imej pada kelajuan yang sangat tinggi. Sensor yang masih belum mempunyai nama ini jauh meninggalkan kebolehan sensor IMX378 yang hanya mampu merekod video pada kadar 120 fps, sensor terbaru ini mampu merekod video pada kelajuan 960 fps dan 120 fps dalam kualiti 4K.

Sony mengesahkan sensor ini akan digunakan pada smartphone akan datang, tetapi tidak menyatakan sebarang tarikh muktamad. Dalam pada masa yang sama, Sony telah berkongsi kebolehan sensor terbaru mereka di dalam video. Mari kita sama-sama menonton.

You might also like