Kemas Kini Aplikasi Google Maps Memudahkan Anda Mengakses Maklumat Penting

1658
- Iklan -

1Google telah mengemas kini aplikasi Maps mereka dengan versi terbaru yang akan memudahkan anda untuk mengakses maklumat-maklumat penting. Selepas aplikasi Google Maps dikemas kini, anda boleh swipe dari bahagian bawah skrin ke atas untuk memaparkan tiga tab utama yang dilabel dengan Places, Driving & Transit.

Tab Places memberikan cadangan lokasi-lokasi penting di dalam kehidupan seharian seperti restoran, kedai runcit, farmasi, ATM dan lain. Apa yang lebih menarik adalah, kategori seperti restoran telah dipecahkan kepada sub-kategori yang telah disusun mengikut jenis makanan, harga dan juga kategori-kategori lain.

Di bawah tab Driving pula, anda boleh melihat jangkaan masa ETA untuk ke rumah atau pun pejabat anda. Tab Transit pula membolehkan anda melihat laluan dan jadual perjalanan pengangkutan awam seperi kereta api dan bas.

2 3