
Dalam masa kurang daripada 24 jam, OPPO F9 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 16 Ogos pukul 3.50pm. Sempena pelancaran siaran langsung menerusi saluran Facebook OPPO Malaysia, peminat akan berpeluang memenangi hadiah eksklusif dari OPPO.
OPPO F9 hadir dengan rekaan skrin jenis titisan air yang memperlihatkan kesegaran antara sebilangan peranti yang masih mengekalkan skrin takuk, di samping peggunaan RAM 6GB yang cukup berkuasa dengan 64GB/256GB ROM membolehkan permainan HD dapat dimain dengan lancar.
Teknologi VOOC Flash Charge pada OPPO F9 merupakan salah satu ciri utama yang diutamakan, prestasi mengecas terbukti dengan kepantasan yang mengasyikkan bahkan lebih selamat di kalangan peranti pintar hari ini.
Rekaan warna cerun yang akan bertukar-tukar pada pencahayaan yang berbeza menjadikan peranti ini tampil elegan dan premium. Dengan spesifikasi premium ini, adakah harga tawaran menepati permintaan peminat OPPO? Kita nantikan pelancaran esok hari.
Baca Juga:
- OPPO F9 Menawarkan ColorOS 5.2 – Ciri Google Lens Yang Lebih Bijak Untuk Menyempurnakan Kehidupan Harian Anda
- 25MP Kamera Hadapan Disahkan Hadir Pada OPPO F9 Bersama AI Beauty 2.1
- OPPO F9 – Hadir Bersama Dwi Kamera Utama 16MP + 2MP Luar Biasa
- OPPO F9 Siri F Pertama Tampil Dengan Rekaan Warna Cerun

