
HUAWEI P30 dan P30 Pro baru sahaja dilancarkan dan HUAWEI kini telah menambah 10 hasil seni digital baharu dari 10 artis terkemuka dunia menerusi gallery app, HUAWEI Themes. Tema ini adalah percuma untuk 6 bulan bagi HUAWEI siri P30 bermula hari ini. Ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan tema.

Bagaimana untuk menggunakan tema-tema ini? Mudah sahaja. Pengguna boleh log masuk di Themes app dengan HUAWEI ID mereka dan kemudian browse atau cari hasil seni yang menjadi kegemaran mereka. Kemudian muat turun dan melakukan tetapan tema pada peranti mereka.
Antara hasil seni digital yang menarik ialah ‘Goupil’ oleh Poul Gauguin dan ‘Liberty Leading The People’ oleh Eugène Delacroix.

HUAWEI Theme menawarkan 10 ribu tema yang menarik disertakan dengan fonts dan wallpaper yang membenarkan pengguna menetapkan pada peranti mereka.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang HUAWEI Mobile Services atau ikuti Facebook HUAWEI Mobile Service.
_________________________
Baca juga:

