
Antara perkara yang paling digemari oleh orang ramai ialah barangan percuma dengan setiap pembelian. Oleh itu, hai untuk semua peminat Vivo, di sini kami ada berita baik untuk anda!
Vivo Malaysia mengumumkan dengan setiap pembelian Vivo V11 atau V11i di kedai-kedai konsep Vivo terpilih di seluruh negara, pelanggan berhak menuntut 3 jenis hadiah percuma. Tawaran ini hanya berlangsung selama SEHARI SAHAJA iaitu pada 22 September 2018 (SABTU).
Difahamkan, antara hadiah menarik yang disediakan untuk anda adalah seperti jam penggera, kipas atau kotak hadiah premium Vivo V11. Namun begitu, untuk makluman semua hadiah adalah tertakluk pada ketersediaan stok.