
Xiaomi Malaysia hari ini secara umumnya merasmikan kehadiran peranti baharu mereka iaitu Xiaomi Mi Max 3 ke pasaran tempatan mulai 27 September, dengan tawaran harga RM1,099!
Peranti terbaru ini menerima penambahbaikan pada skrin yang lebih besar, bateri yang lebih tahan lama, cip pemproses yang lebih kuat, serta kamera yang lebih berkualiti berbanding model sebelumnya.
Bermula dari paparan skrin yang berukuran 6.9 inci FHD+ (2160 x 1080) dengan nisbah 18:9, Mi Max 3 menampilkan nisbah skrin-ke-kerangka 85.19% di mana 6.5% lebih besar berbanding Mi Max 2, ini bermakna paparannya lebih besar tanpa meningkatkan saiz badan.
Beralih ke kuasa dalaman, dijana dengan Snapdragon 636 bersama 4GB RAM dan 64GB ROM, Mi Max 3 turut hadir dengan bateri berkapasti besar iaitu 5,500mAh bersama sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0.
Menurut Xiaomi, bateri ini boleh bermain permainan sehingga 10 jam tanpa henti, selama 17 jam penstriman video serta 233 jam bermain muzik. Apa yang lebih menarik, bateri ini juga boleh digunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain.
Mi Max 3 yang dilengkapi dengan dwi kamera utama 12MP + 5MP selain kamera hadapan 8MP ini hanya dijual dengan warna kerangka hitam sahaja. Bagi yang berminat, boleh membuat langganan di semua kedai Mi Stores, Lazada dan Shopee mulai 27 September 2018 dengan tanda harga RM1,099.
Baca Juga: