HUAWEI MateBook 13 Bakal Tiba April Ini, Perkenal HUAWEI Share 3.0, Berkongsi 1000 Gambar Dalam Masa 2 Minit

785
- Iklan -

Berita baik buat peminat HUAWEI apabila mereka mengumumkan bahawa komputer riba terbaharunya Matebook 13 bakal tiba pada April ini untuk pasaran Malaysia.

Dikhabarkan ia dihadir dengan skrin 13-inci IPS LCD dengan resolusi 2160×1440 pixel. Turut disertakan dengan cip Intel Core i7-8565U, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 512GB.

Justeru, mereka telah memperkenal 1 lagi ciri baharu iaitu HUAWEI Share 3.0 yang mana ia membenarkan pengguna HUAWEI memindah fail dengan hanya tap peranti pada laptop HUAWEI menggunakan HUAWEI Mate 20. Menariknya, pengguna boleh berkongsi 1000 gambar dalam hanya 2 minit.

Pada Oktober 2018, HUAWEI memperkenalkan MateBook X Pro dan MateBook D di Malaysia yang nyata berjaya memecah rekod jualan di Malaysia disebabkan oleh paparan FullView Display yang boleh disentuh, 4 quad speaker dan rekaan yang menarik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang HUAWEI  atau Facebook Rasmi HUAWEI .