Kalau Samsung Gerenti Tak Meletup, Kami On Je

Menurut Samsung Newsroom, Samsung sudah pun mengumumkan bahawa siri Galaxy Note7 versi yang sudah dibaik pulih, atau lebih dikenali sebagai refurbish set akan dijual semula kepada pengguna. Namun mereka tidak pula mengumumkan sama ada set tersebut akan dijual pada pasaran tentu ataupun ia akan dijual secara global.

Langkah menjual refurbish set adalah sesuatu yang memang masuk akal memandangkan majoriti komponen di dalam Galaxy Note7 seperti kamera, paparan, cip, mikrofon dan lain-lain masih di dalam keadaan baik dan amat berharga.

Yang penting pasti Samsung sudah mempelajari sesuatu yang amat berguna dari insiden lalu dan jika mereka mampu menjamin keselamatan refurbish set ini dan ianya dijual pada harga yang munasabah, kami rasa pasti ramai pengguna yang tertunggu-tunggu model ini.

Infografik dari Samsung

 

You might also like