HONOR 9S Kini Rasmi!! – Dijual Pada Harga RM359 Sahaja!!!

245

Satu kejutan apabila HONOR telah merasmikan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai HONOR 9S dan dijual pada harga RM359.

MEnariknya mengenai peranti ini, ia hadir dengan skrin 5.45″ HD Display yang memberikan paparan yang baik kepada pengguna.

Dari aspek dalaman, peranti ini tampil dengan pemproses Helio P22 dan dipadankan dengan RAM sebesar 3GB dan storan sebesar 32GB.

Kamera juga adalah baik bagi kelasnya apabila ia tampil dengan kamera belakang 8MP dan kamera hadapan pula adalam 5MP. Kapasiti bateri pula adalam 3020mAh.