Rakyat Malaysia Kini Boleh Menonton Netflix

1131
- Iklan -

1

Netflix merupakan servis TV atas talian yang amat popular, namun kandungannya hanya terhad kepada beberapa lokasi sahaja. Namun kini rakyat Malaysia berpeluang menikmati rancangan dan program TV Netflix apabila servis tersebut secara rasminya memasuki pasaran Malaysia dan 130 negara lain.

2

Netflix boleh dinikmati pada pelbagai peranti di bawah satu akaun pengguna dan terdapat 3 pilihan pakej yang menawarkan kualiti yang berbeza. Pakej terendah boleh dinikmati pada haraga RM 33 sebulan yang membenarkan anda menonton kandungan pada kualiti standard. Untuk menikmati kandungan premium dan HD, anda boleh mendapatkan pakej lain pada harga RM 42 dan RM 51.