
Mungkin segelintir dari anda sudah menerima ataupun perasan akan email yang diterima dari TM tidak lama dahulu yang menyatakan bil bercetak akan digantikan dengan bil elektronik, namun berita tersebut tidak sampai kepada majoriti pengguna servis TM menyebabkan syarikat tersebut terpaksa menangguhkan implementasinya.
Pada pengumuman terbaru, TM meminta pengguna Streamyx dan UniFi untuk melakukan prosedur peralihan bil dari bercetak ke elektronik , kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan anda dicas RM 2 bagi setiap bil bercetak yang anda terima. Menurut TM, langkah memperkenalkan bil elektronik sangat penting dan efektif kerana ianya menjimatkan masa dan kos, selain itu bil tersebut boleh diakses pada setiap masa. Untuk mengaktifkan bil elektronik anda, sila emel help@tm.com.my dengan menyatakan butiran akaun anda atau pergi ke TMpoint berdekatan.

