Apple Mengurangkan Kuantiti Pesanan Komponen Akibat Jualan Yang Tidak Memberangsangkan

apple_iphone_6s

Apple dilaporkan telah mengurangkan jumlah pesanan komponen iPhone hasil kesan jualan iPhone 6s dan 6s Plus yang semakin suram. Menurut sumber yang mempunyai informasi logistik syarikat Apple, senario tersebut telah mengundang pelbagai masalah kepada pembekal komponen yang bergantung kepada Apple, terutamanya pembekal komponen dari negara China.

foxconn

Foxconn yang merupakan salah satu pembekal terbesar Apple terpaksa memberikan cuti awal selama dua bulan kepada pekerja mereka untuk perayaan Tahun Baru Cina. Syarikat dari Taiwan, Largan Precision Co. yang membekalkan perkaksan kamera iPhone pula mengalami susutan nilai semenjak jualan Apple menurun dan mungkin terpaksa berhadapan dengan pengurangan tenaga kerja.

You might also like