
Bulan April yang lalu vivo ada mengumumkan siri X mereka akan dilancarkan semula pada bulan Mei, kini ia telah disahkan oleh SIRIM. Dengan kata lain, vivo X21 yang diberi kod nama vivo 1725, telah menerima kelulusan pensijilan dari SIRIM beberapa hari yang lalu.
Salah satu aspek yang paling menarik dari vivo X21 ialah teknologi biometrik baru, di mana sistem pengimbasan cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning). Ciri menarik ini telah dipamerkan pada pameran MWC lalu dan berjaya menjadi topik hangat pada masa itu.
vivo X21, Membawakan Teknologi Biometrik Baru & Futuristik Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Mei
Kamera utama dan depan vivo X21 hadir dengan lensa 12 Megapiksel, disokong oleh 1.28μm piksel yang boleh mempertingkatkan kejelasan gambar. Di samping itu, teknologi fokus yang cepat mampu menangkap setiap detik gambar dengan pantas. Teknologi AI HDR pula turut disertakan dalam peranti ini, ia mampu mengesan intensiti cahaya di sekeliling anda untuk menghasilkan kualiti gambar yang bagus walaupun dalam keadaan gelap.

