Promosi Hebat Dari vivo Malaysia Sempena Bulan Mei 2018

Seperti yang kita tahu, bulan Mei adalah bulan yang penuh dengan sambutan seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru dan beberapa lagi. Sebagai menghargai pelanggan sempena bulan Mei ini, vivo Malaysia telah mengadakan promosi khas untuk anda yang ingin menghadiahkan telefon pintar kepada orang tersayang!

Kepada yang ingin membeli telefon pintar vivo, boleh membelinya di kedai atas talian seperti Lazada, 11street dan juga Shopee bermula 1 Mei sehingga 6 Mei 2018 ini.

Anda boleh mendapatkan diskaun hebat beberapa peranti keluaran vivo seperti vivo Y55s (RM599), Y65 (RM649), Y66 (RM649), Y69 (RM749), V5 Plus (RM949) dan juga V7 Plus (RM1,149) dengan diskaun menarik minggu ini. Manakala vivo V7 (RM899), V9 (RM1,399), Y71 (RM699) serta Y53 (RM499) pula ditawarkan sepanjang bulan Mei 2018 ini.

vivo Malaysia juga ada berita gembira buat peminat vivo V9, yang mana dua warna baru V9 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Kepada yang berminat untuk sama ada mendapatkan warna Velvet Red atau Sapphire Blue boleh membuat tempahan bermula 7 Mei 2018 eksklusif di Lazada.

You might also like