
Spesfikasi Penuh Samsung Galaxy M31 Kini Bocor – 4 Kamera Utama + Bateri 6,000mAh
Sebuah lagi peranti mid-range daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy M31 bakal muncul pada 25 Februari ini. Menjelang pelancaran rasmi, spesifikasi utama peranti dikatakan telah bocor dan dikongsi di media sosial.
Memetik kebocoran, Samsung Galaxy M31 membawakan paparan Infinity-U bersaiz 6.4″ Super AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia akan dikuasai oleh pemproses yang sama dengan Galaxy M30s iaitu Exynos 9611. Untuk memori, ia mungkin mempunyai 6GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB – sokong slot kad MicroSD sehingga 512GB.
Ia menyertakan tiga kamera utama dengan lensa 64MP (f/1.8) + 8MP (f/2.2) + 5MP(f/2.2) + 5MP(f/2.4) dan kamera depan 32MP. Untuk bateri, ia akan mempunyai bateri 6000mAh dengan sokongan untuk pengecasan 15W. Berdasarkan spesifikasi tersebut, nampaknya Galaxy M31 akan disertakan dengan penambahbaikan lebih ketara.




