
HONOR MagicBook & HONOR 9X Pro Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi!
HONOR mengukuhkan lagi komitmen dalam dunia peranti pintar dengan mempersembahkan yang terbaik buat peminat setia. Terkini, HONOR dilaporkan bakal mengadakan sebuah persidangan secara atas talian – HONOR All-Scenario Intelligence Conference yang berlangsung di Barcelona pada 24 Februari ini.

Sebagai pasaran utama, HONOR Malaysia akan menjadi salah satu negara pertama untuk memperkenalkan produk ekosistem “Intelligent Lifestyle” tidak lama lagi termasuklah HONOR MagicBook dan HONOR 9X Pro. HONOR All-Scenario Intelligence Conference bakal menampilkan barisan produk ekosistem yang menyediakan pengguna cara hidup canggih dan cekap dalam semua aspek kehidupan seharian.

HONOR All-Scenario Intelligence Conference akan bersiaran secara langsung menerusi laman rasmi HONOR Global. Maklumat lanjut mengenai ketersediaan HONOR MagicBook dan HONOR 9X PRO di Malaysia akan dikongsi kemudian.

