WhatsApp Hentikan Sokongan Pada Blackberry Dan Windows Phone Sehingga Hujung Disember Ini

Beberapa bulan yang lalu kami ada bawakan artikel berkenaan aplikasi WhatsApp pada platfom Blackberry dan Windows Phone akan dihentikan. Sebagai peringatan kepada yang masih gunakan peranti Blackberry dan Windows Phone, anda hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berhubung melalui aplikasi ini.

Bermula tahun hadapan, WhatsApp mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan sembang sosial ini kepada para pengguna Balcberry OS, Blackberry 10, Windows Phone 8.0 dan peranti yang lebih lama. Sebelum ini, WhatsApp juga mengumumkan peranti Nokia siri 40 akan dilanjutkan sehingga penghujung tahun 2018, manakala peranti Android versi 2.3.7 dan selanjutnya boleh digunakan sehingga tahun 2020.

Jadi kepada pengguna di luar sana yang masih menggunakan peranti di bawah ekosistem Blackberry atau Windows Phone tetapi masih ingin berinteraksi melalui WhatsApp, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda bertukar platfom.

You might also like