
WhatsApp Pada BlackBerry Kini Dilanjutkan Sehingga Akhir Tahun Ini
Kembali pada tahun lepas, WhatsApp telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan aplikasinya pada BlackBerry pada akhir tahun 2016. Seterusnya tarikh itu dilanjutkan sehingga hujung bulan ini iaitu 30 Jun 2017.
Terkini, syarikat milik Facebook ini telah mengesahkan bahawa sokongan aplikasi tersebut boleh digunakan sehingga 31 Disember 2017 ini. Pada masa yang sama, WhatsApp pada BlackBerry juga mendapat kemas kini terbaru dengan notis pemberitahuan tarikh akhir yang boleh digunakan.
Selain peranti BlackBerry, sokongan untuk Nokia S40 juga dilanjutkan sehingga hujung tahun ini manakala sokongan pada peranti Nokia S60 akan ditamatkan pada 30 Jun ini.

