Cadangan Steve Jobs Untuk Meletakkan Butang “Back” Di iPhone Dihalang

Ya, Steve Jobs pernah inginkan iPhone dengan butang fizikal kembali atau “back” – itu adalah pendedahan yang dinyatakan oleh salah seorang kakitangan juga perekabentuk Apple, Imran Chaudhri. Keinginan pengasas Apple itu telah ditulis di dalam sebuah buku The One Device yang akan mula dijual minggu ini.

Temuramah tersebut mendapati cadangan Steve Jobs mendapat komen negatif daripada Imran yang sudah hampir 19 tahun berkhidmat di dalam syarikat Cupertino itu. Dalam perbincangan mereka, Imran mendapati para pengguna perlu yakin dan percaya terhadap kebolehan iPhone dan ianya harus menggunakan satu butang sahaja. Tambahnya, penggunaan dua butang akan merumitkan lagi pengguna dalam aktiviti seharian.

Sehingga sekarang, iPhone masih lagi menggunakan butang asas itu termasuk ianya juga yang pertama di dunia yang menggunakan pengimbas cap jari dalam satu butang. Jika dilihat setiap ciptaan yang dilakukan oleh Apple adalah satu langkah ke hadapan, kini, apa yang dihasilkan olehnya terus ditiru oleh pengeluar lain.

You might also like