OnePlus 5 Dilancarkan – Snapdragon 835, RAM 8GB Dan Dwi Kamera

Hari ini secara rasminya OnePlus telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, OnePlus 5 dengan spesifikasi yang tinggi bersama fungsi dwi kamera.

Seperti yang dikhabarkan oleh OnePlus, peranti flagship tahun ini lebih mengutamakan fungsi kamera. Jadi, OnePlus 5 dilengkapi kamera belakang dwi lensa 16 Megapiksel f/1.7 aperture dan 20 Megapiksel f/2.6 aperture mampu merakam dengan autofokus 40 peratus lebih pantas. Ia juga boleh mengambil gambar bokeh dengan mengaburkan imej latar belakang.

Perkakasan dalaman pula dimuatkan dengan set cip Qualcomm Snapdragon 835 dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Bukan itu sahaja, OnePlus 5 juga hadir dengan satu lagi varian iaitu RAM 6GB dan storan dalaman 64GB. Sistem storan ini menggunakan UFS 2.1 mencatatkan kelajuan sehingga 26 peratus lebih cepat, namun tiada sebarang slot kad microSD disediakan.

Peranti ini dioperasikan oleh Android 7.1 Nougat dan sistem OS Oxygen yang kini menyokong fungsi Reading Mode memudahkan pengguna dalam membaca, selain fungsi Gaming Do Not Disturb yang akan mengatasi pengguna daripada tertekan butang back malah mematikan bunyi notifikasi.

Paparan pada OnePlus 5 ini pula diletakkan skrin sentuh bersaiz 5.5 inci AMOLED dengan resolusi 1080p menggunakan teknologi DC-P3 yang sama digunakan pada iPhone 7 dan Samsung Galaxy S8. Kerangka badan menggunakan logam dengan ketebalan hanya 7.25mm sahaja. Peranti ini juga dimuatkan bateri berkapasiti 3,300mAh yang menyokong pengecasan pantas.

OnePlus 5 akan mula dijual pada 27 Jun depan di negara barat tetapi OnePlus masih belum mengumumkan pasarannya di Malaysia.

Contoh Hasil Gambar

 

You might also like