[Tutorial] Ubah Fungsi Butang Bixby Pada Samsung Galaxy S8 Anda!

Fungsi Bixby seperti yang dijelaskan sebelum ini jelas menerangkan bagaimana pembantu maya dapat membantu penggunanya dalam tugasan harian, tetapi sesetengah daripada kita tidak mahu butang itu tertumpu pada aplikasi Bixby sahaja. Pada umumnya butang Bixby berada di sebelah kiri Samsung Galaxy S8/S8+ tidak boleh diubah atau membuka aplikasi lain selain Bixby itu sendiri. Jadi adakah terdapat cara lain untuk mengatasinya?

Jawapannya YA! Anda boleh melakukannya dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga dengan memuat turunnya dari Googel Play. Aplikasi ini boleh dicari dengan menaip “bxActions” di mana anda boleh ikuti langkah-langkah ini:-

● Muat turun bxActions di Google Play.

 

● Selepas selesai muat turun, buka aplikasi bxAction. Tekan ‘App’ untuk memulakan fungsi.

 

● Selepas itu, pilih ‘Remap’, kemudian anda akan dibawa ke halaman ‘Accessibility’. Selak skrin ke bawah sekali dan pilih bxActions.

 

● Aktifkan butang ‘On’ dan anda akan diberi peringatan ringkas.

 

● Buka semula aplikasi bxActions, tekan ‘Remap’ semula. Kemuadian, pilih ‘Choose Action’.

 

● Seterusnya anda diberi pelbagai pilihan untuk digunakan pada butang Bixby. Jika anda memilih aplikasi Facebook pada butang Bixby, sila pilih ‘Custom app’.

Selesai!!!

Perlu diingatkan bahawa butang Bixby yang telah diubah tidak akan aktif semasa peranti anda dalam keadaan lock, ianya akan aktif selepas anda membukanya.

Jadi sesiapa yang sudah memiliki Samsung Galaxy S8 atau S8+, bolehlah mencuba! Sekurang-kurangnya tidaklah anda akan berasa bosan.

Selamat Mencuba!

You might also like