2 Pelan Pascabayar Digi Baharu – Tawarkan Diskaun RM300 Bagi Pembelian Peranti Pintar + Data Internet Berkali Ganda!

3636
- Iklan -

Digi baru-baru ini telah mengumumkan 2 pelan pascabayar baharu mereka, iaitu Digi Postpaid 38 dan Digi Postpaid 58. Pelanggan yang melanggan pelan ini akan menerima data Internet secara berkali ganda, selain itu juga boleh mendapatkan diskaun RM300 untuk membeli peranti pintar.

Digi Postpaid 38

  • Bayaran bulanan RM38
  • Panggilan tanpa had
  • Data Internet 6GB (Bulan pertama hingga kelima) – 3GB penggunaan harian + 3GB penggunaan hujung minggu.
  • Selepas 6 bulan, data Internet dinaiktaraf menjadi 9GB – 6GB penggunaan harian + 3GB penggunaan hujung minggu.
  • Diskaun RM300 bagi pembelian peranti pintar apabila anda mendaftar selama 12 bulan.

Digi Postpaid 58

  • Bayaran bulanan RM58
  • Panggilan tanpa had
  • Data Internet 20GB (Bulan pertama hingga kelima) – 5GB penggunaan harian + 5GB penggunaan hujung minggu + 10GB YouTube
  • Selepas 6 bulan, data Internet dinaiktaraf menjadi 25GB – 10GB penggunaan harian + 5GB penggunaan hujung minggu + 10GB YouTube
  • Diskaun RM300 bagi pembelian peranti pintar apabila anda mendaftar selama 12 bulan.

Maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Digi.