
LG Tampilkan Video 360 Darjah, Sempena Kempen “Hari Alam Sekitar Sedunia”
LG Electronics (LG) telah memuat naik video mengenai kepentingan menjaga alam sekitar sempena kempen “Hari Alam Sekitar Sedunia”. Video berdurasi 2 minit ini telah diambil menggunakan LG 360 CAM yang memaparkan persekitaran 360 darjah. Ia membawa mesej yang berguna buat penonton, di mana penonton perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam melindungi warisan berharga yang ada di sekeliling anda.
Menampilkan mercu tanda utama seperti Statue of Liberty, Menara Eiffel, Red Square, Great Wall of China, Sydney Opera House dan Istana Changdeok Seoul, video itu sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat di media sosial untuk kandungan VR. Malah paparan imej 360 darjah dan video pada platform media sosial terkemuka sedang berkembang dan semakin meningkat. Facebook melaporkan bahawa lebih daripada 20,000 video 360 darjah telah dimuat naik sejak pertama kali format ini disokong.
Bagi yang belum mengetahui, LG 360 CAM adalah aksesori terbaru keluaran LG yang tampil dengan dua kamera 13 Megapiksel yang bergabung untuk mengambil gambar serta video dari semua arah. Dengan rekaan bersaiz yang kecil dan ringan membuat ia sangat mudah alih. Manakala kehadiran bateri berkapasiti 1200mAh pula mampu membuat rakaman video selama 70 minit.