Google Chrome OS Sokong Aplikasi Android?!

pic 2Seorang pengguna Reddit baru-baru ini telah menemui sesuatu yang baru dan sangat menarik di dalam menu tetapan Chromebook yang dioperasikan oleh versi 51. Berdasarkan penemuan itu, terdapat satu kotak semak yang menunjukkan kebenaran untuk membolehkan Chromebook untuk mengoperasikan aplikasi Android yang tersedia di dalam Google Play Store.

Walau bagaimanapun, buat masa ini Chrome OS v51 hanya tersedia sebagai Developer Preview. Berdasarkan pengguna yang sudahpun mengaktifkan fungsi pada butang semak tersebut, satu tetingkap yang akan memaparkan tutorial bagaimana untuk mendapatkan aplikasi di Play Store tetapi ia dikatakan tidak berfungsi. Jadi mungkin sokongan fungsi tersebut akan boleh digunakan selepas ianya tersedia secara rasmi.

 

You might also like