
HUAWEI dengan kerjasama Media Prima dan Primeworks kini mengumumkan perasmian HUAWEI Film Awards – bertujuan menggalakkan dan memberi inspirasi kepada bakat – bakat muda dalam pembikin filem profesional dan pencipta kandungan untuk melebarkan kreativiti menerusi cerita pendek yang difilemkan menggunakan HUAWEI Smartphone.

Sinematografi telefon pintar telah mengubah cara pembikin filem menghasilkan filem pada masa kini kerana ia mudah dan menjimatkan kos – tanpa perlu membawa pelbagai peralatan penggambaran untuk mendapatkan rakaman videografi yang berkualiti tinggi. Kini, sesiapa sahaja boleh mula berkarya kreatif dalam pembuatan filem tanpa dilema dengan kurangnya peralatan berkualiti atau pengalaman.

Bertemakan “Empowering Your Possibilities”, bakat muda pembikinan filem terdiri daripada Jess Teong, Tuan Faisal, Nik Amir, Kroll Azry dan Gavin Yap yang mana masing-masing bakal menghasilkan filem pendek kreatif menggunakan HUAWEI Mate 30 Pro – sekaligus mempamerkan keupayaan perkembangan dalam sinematografi telefon pintar.
Penyertaan HUAWEI Film Awards kini terbuka kepada semua pembikin filem serta pencipta kandungan dan berlangsung sehingga 25 Februari 2020. Penyertaan perlu difilemkan sepenuhnya mengguna peranti HUAWEI dengan jangka masa 5 – 10 minit untuk video bentuk panjang / kurang daripada 5 minit untuk video pendek. Pemenang akan diumumkan pada 6 Mac 2020 dan bakal bawa pulang hadiah utama bernilai USD 20,000. Maklumat lanjut, HUAWEI Mobile.









