

Rangkaian 5G dijangka tersedia secara komersial di Malaysia pada tahun 2020 – terdapat banyak faedah dan manfaat yang diperoleh untuk sambungan mudah alih generasi akan datang. Sepanjang tahun ini, U Mobile nampaknya berusaha keras meneroka bagaimana rangkaian 5G boleh dimanfaatkan.

Baru – baru ini, U Mobile mempamerkan manfaat rangkaian 5G menerusi ujian secara langsung yang diadakan di Langkawi. Untuk gambaran sebenar, U Mobile menggunakan kes-kes yang dijalankan untuk Mobile Broadband (eMBB) dan perundingan jarak jauh. Ia bertujuan menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan terpencil mendapat akses kepada nasihat perubatan dengan sambungan 5G.

Difahamkan juga, U Mobile akan mempamerkan lebih banyak kes penggunaan secara langsung seperti pelancongan maya dan permainan VR. U Mobile akan berkongsi kemaskini secara teratur untuk memaparkan potensi 5G yang tidak terhad dan bagaimana ia bantu memajukan kehidupan manusia. Maklumat lanjut layari U Mobile.

