
Lenovo Malaysia kini menganjurkan #YOGAC640Challenge – menawarkan orang ramai pengalaman yang mengujakan dengan peluang merebut hadiah utama berupa Lenovo YOGA C640 dan banyak lagi hadiah menarik lain. Bagi yang berminat, cabaran berlangsung sehingga 31 Disember 2019!

Bagaimana Untuk Sertai?
Terdapat satu YOGA Timer Pedestal yang dipamerkan menerusi 23 buah kedai Lenovo terpilih di seluruh negara. Ikuti langkah mudah di bawah untuk sertai :
-
Langkah 1 : Kunjungi kedai – kedai yang mengambil bahagian, kemudian imbas kod QR
-
Langkah 2 : Lengkapkan butiran diri & teka jangka hayat bateri YOGA C640
-
Langkah 3 : Setelah selesai, lengkapkan penyertaan dengan slogan paling kreatif
-
Langkah 4 : Serahkan penyertaan & kongsikan di laman instagram dengan tag @lenovo_my dan hashtag #YOGAC640Challenge
Aha! Mudahkan? Eh, ada lagi best tahu! Selain daripada hadiah utama berupa YOGA C640, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi IdeaPad S340 (tempat ke-2), Lenovo L27Q (tempat ke-3) dan Lenovo Tab 7 TB-7504X (tempat ke-4 & ke-5).

Pengumuman pemenang akan dibuat pada pertengahan bulan Januari dan keputusan akan diberitahu menerusi e-mel atau pesanan ringkas SMS. So, tunggu apa lagi? Jom sertai sekarang dan kunjungi kedai-kedai yang mengambil bahagian hari ini juga! Maklumat lanjut, boleh layari Lenovo Malaysia

