

Sony Xperia XZ Premium telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei yang lalu. Peranti yang dibina berasaskan kaca berkilau ini hadir dengan skirn paparan 4K dengan pemproses dalaman Snapdragon 835 yang berkuasa.
Menariknya pada telefon pintar ini ialah kebolehan merakam video gerak perlahan 960 FPS menjadikan ia sebagai peranti yang terawal menyokongnya. Khabarnya, Sony Malaysia sedang mengadakan promosi ke atas peranti ini dengan tawaran potongan harga sebanyak 9%.

Jika sebelum ini harga ditawarkan adalah RM3,399, kini ia telah dikurangkan kepada RM3,099 seunit. Promosi ini hanya berlangsung sementara sahaja sehingga 5 November depan.

Sebelum ini, Sony Xperia XZ Premium berwarna Rosso Red hanya eksklusif di pasaran Jepun, memandangkan ia sudah dipaparkan di laman rasmi Sony Malaysia, tidak mustahil ia akan dibawa kepada pembeli di Malaysia.

