The Pantheon Arena eSukan 5-Bintang Pertama Di Malaysia

Kini para peminat eSukan di Malaysia boleh menikmati perkhidmatan premium bertaraf 5-bintang di One Space One City, Subang Jaya. The Pantheon yang dibuka secara rasmi semalam menempatkan arena eSukan terbesar di Malaysia.

Anugerah yang disampaikan kepada ketua pengurus The Pantheon

NVIDIA GeForce yang sinonim dengan permainan video dalam masa sama telah mengiktiraf The Pantheon antara 15 iCafe Premium di seluruh Asia Tenggara. Berkeluasan 10,000 kaki persegi, premis ini membolehkan para pengunjung bermain permainan video menggunakan komputer, alat realiti maya (VR) dan konsol PS4 dan pelbagai lagi di masa akan datang.

Zon komputer

The Pantheon sedia menyediakan 116 buah komputer berprestasi tinggi, zon penglaman realiti maya, simulasi perlumbaan, ruang PS4 serta auditorium untuk arena perlawanan eSukan. Pelbagai jenama terkemuka digunakan seperti Alienware, Legion, MSI, NVIDIA, Omen, MSI, Predator, dan Republic of Gamers.

Zon komputer premium
Laluan ke bilik-bilik khas

Malahan, bilik-bilik khas yang disediakan dilengkapi dengan enam komputer peribadi seperti Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator, dan Republic of Gamers sangat sesuai kepada mereka yang datang secara berkelompok. Kesemua 116 buah komputer ini hadir dengan kad grafik GTX 1060 atau GPU tinggi bersama paparan G-Sync 27 inci 144hz.

Auditorium
Skrin besar di tengah-tengah auditorium

Auditorium yang luas pula membolehkan penonoton menikmati siaran secara langsung pertandingan eSukan yang diadakan. Menggunakan konsep seperti stadium, setiap penonoton disediakan kerusi yang selesa serta pandangan yang jelas ke arah skrin yang besar di tengah.

Demi memastikan eSukan berada di landasan yang betul, The Pantheon hanya dibuka kepada pengunjung 12 tahun dan keatas serta melarang mereka yang berpakaian seragam sekolah. Selain itu, The Pantheon juga menawarkan perkhidmatan pada harga yang berpatutan. Waktu operasi pula pada pukul 11 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Harga yang ditawarkan :

  • Zon komputer : RM5 / jam
  • Zon komputer premium : RM7 / jam
  • Zon simulasi : RM30 / jam
  • Zon realiti maya (VR) : RM50 / setengah jam
  • Zon PS4 : PERCUMA kepada ahli yang membuat pembelian makanan dan minuman RM5 dan keatas.
Zon PS4
Zon simulasi
Cafe yang terletak di dalam The Pantheon
You might also like