
Facebook Menguji Versi Baru Facebook Dengan Fungsi Kamera Seakan Snapchat?!
Instagram telah memperkenalkan fungsi Stories yang seakan sama dengan fungsi pada Snapchat pada minggu lepas. Kini, Facebook pula sedang menguji versi baru Facebook dengan fungsi penggambaran dan juga video seakan sama dengan Snapchat. Ia menggabungkan teknologi MSQRD yang telah diambil alih oleh mereka sejak Mac 2016 yang lepas.
Semasa mengambil gambar mahupun membuat rakaman video, pengguna boleh memilih untuk menggunakan stickers dan juga filters yang mampu mengubah wajah pengguna. Ya, ia kelihatan sama sekali dengan fungsi yang diperkenalkan oleh Snapchat iaitu Lenses. Buat masa sekarang, fungsi ini hanya terhad kepada pengguna Facebook di Brazil dan Kanada sahaja.


