
Instagram Memperkenalkan Ciri Baru Ala-Ala Snapchat
Instagram melalui laman blog mereka telah mengumumkan fungsi terbaru yang dikenali sebagai Stories. Fungsi tersebut membolehkan pengguna berkongsi siri gambar atau rakaman video dalam satu post yang akan dikongsikan ke feed, post tersebut akan dipaparkan selama 24 jam sebelum ianya hilang secara automatik.
Macam pernah dengar kan fungsi tu? Ya, bagi mereka yang sudah biasa dengan aplikasi Snapchat pastinya anda sudah biasa dengan fungsi tersebut. Stories akan mula hadir dalam kemas kini terbaru aplikasi Instagram dalam beberapa minggu lagi, dan ianya ditawarkan kepada pengguna peranti iOS dan Android.

