
Pecah Rekod! 11,000 Unit realme Buds Air Terjual Dalam Hanya 1 Jam Di India
realme kini melangkah maju setapak lagi dengan kemunculan pelbagai aksesori menarik. Terbaru, mereka berjaya menarik perhatian ramai pengguna menerusi kemunculan fon telinga TWS (True Wireless Stereo) iaitu realme Buds Air.

Selain menawarkan rekaan yang menarik, realme sekali lagi bijak dalam susun atur sebuah produk apabila menawarkannya pada harga yang mampu milik. Lebih mebanggakan, kemunculannya berjaya mendapat reaksi positif apabila dikatakan berjaya terjual sebanyak 11,000 unit dalam hanya 1 jam di India sejak ia dijual secara rasmi. Angka jualan tersebut merupakan satu pencapaian terbaik untuk industri IoT di negara itu.

realme Buds Air dibina menggunakan cip R1 khas dengan sokongan sambungan Bluetooth 5.0. Menariknya lagi, ia diselitakan dengan sokongan kawalan pintar untuk panggilan, menukar muzik, pengaktifan pembantu maya dan pengaktifan mod prestasi. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar. Wah menarik bukan? Agak-agak bila nak masuk Malaysia tu?

