Menonton Iflix Kini Lebih Mudah & Murah Dengan Celcom

ce2Iflix baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Celcom Axiata Berhad (Celcom). Ini merupakan kerjasama yang ketiga selepas TM Unifi dan juga Digi. Melalui kerjasama ini, pengguna Celcom & Xpax kini boleh menonton iflix secara percuma selama 2 bulan bermula 15 Mac 2016. Selepas dari tempoh tersebut, iflix boleh dilanggan dengan diskaun 10% iaitu hanya RM9 sebulan. Lebih mudah lagi, langganan ini boleh dicaj ke dalam bil Celcom ataupun ditolak daripada kredit prabayar Xpax.

(Dari kiri) En. Zalman Aefendy Zainal Abidin (Ketua Jualan dan Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad), Azran Osman Rani (Ketua Pegawai Eksekutif & Operasi Iflix Malaysia) dan Masdiana Sulaiman (Ketua OTT Celcom Axiata Berhad).

Untuk menikmati kemudahan ini, pengguna hanya perlu ke laman rasmi iFlix atau memuat turun aplikasi iflix di iOS atau Android secara percuma. Pastikan anda adalah pengguna Celcom untuk menikmati langganan secara percuma ini.

Iflix adalah servis penstriman video yang kini terdapat di Malaysia, Thailand serta Filipina yang menawarkan pelbagai rancangan dan filem yang sedia ditonton oleh semua pengguna tanpa sekatan. Setiap pengguna boleh mendaftar sehingga lima peranti serentak.

You might also like