Nokia 9 PureView Bakal Diperkenal Bulan Hadapan Di MWC 2019?

1339
- Iklan -

1 peranti yang telah menjadi bualan ramai dari Nokia iaitu Nokia 9 PureView dikhabarkan akan dilancarkan pada pertengahan bulan Febuari ini di MWC 2019.

Menurut sumber, telefon ini turut didatangkan dengan pengimbas cap jari di atas skrin. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 845, serta storan antara 64GB dan 128GB. Dari aspek paparannya pula, ia dikhabarkan akan didatangkan dengan skrin 5.99-inci QuadHD+. Kapasiti baterinya pula ialah 4,150mAh dengan pengecas USB-C.

Apa yang menjadi bualan orang ramai ialah lima lensa kamera belakang dengan optik Zeiss. Ia dikatakan mampu merakam gambar dalam keadaan malap dengan lebih baik. Ia turut boleh merakam 5 gambar serentak.

Jadi sama-sama kita nantikan telefon ini menjengah ke pasaran nanti.

Baca juga: