Tablet Permulaan LG G Pad F2 8.0 Diumumkan Dengan Android Nougat

Kebanyakan pengeluar kini lebih suka menghasilkan telefon pintar untuk dipasarkan, ini menjadikan peranti tablet semakin hari semakin dilupakan. Dalam kesempatan ini, LG secara rasminya memperkenalkan tablet permulaan yang dikenali sebagai LG G Pad F2 8.0 secara komersial.

Didatangkan dengan cip pemproses ‘biasa-biasa’ MediaTek MT6750 SoC lapan-teras 1.5GHz bersama RAM 2GB dan storan dalaman sebanyak 16GB, tablet ini menyediakan paparan bersaiz 8 inci yang menghasilkan resolusi pada 1280 x 800p WXGA.

Kerangka badan logam ini turut menyertakan bateri sebesar 3,000mAh malah, G Pad F2 juga mampu menggunakan aksesori tambahan seperti bateri ekstra berkapasiti 4,400mAh untuk menjana Android 7.1 Nougat pada peranti ini.

Sambungan magnet berada di sebelah kanan belakang peranti

Tidak dilupakan, dua speaker telah dimuatkan bersama di bahagian atas dan di bawah peranti. Bagaimanapun, setakat ini LG G Pad F2 8.0 hanya ditawarkan di pasaran AS, dan pihak LG masih lagi belum menyatakan sama ada ia akan dibawa ke pasaran tempatan.

Kami lihat peranti tablet masa kini dihasilkan dengan spesifikasi rendah, kemungkinan para pengeluar mula sedar tablet kini sering digunakan oleh anak-anak kecil hanya untuk bermain game offline.

You might also like