
Senang dibawa ke mana-mana, kecil, garang dan berkuasa, itulah deskripsi pandang pertama kami apabila melihat Lenovo IdeaCentre Y710 ketika majlis pelancaran gaming desktop terbaru dari Lenovo.
Lenovo menyasarkan Y710 kepada golongan gamers yang mahukan sebuah komputer yang cukup berkuasa untuk memainkan permainan terkini dan pada masa yang sama mudah dibawa ke pertandingan luar. Saiznya yang kompak, ditambah pula dengan rekaan beserta pemegang sememangnya sesuai bagi gamers yang kerap bergerak.
Spesifikasinya pula cukup hebat, ia dilengkapi cip pemproses 6th Gen Intel Core i7 dan RAM 8GB, lebih dari cukup untuk melancarkan pelbagai aplikasi serentak dan juga melancarkan perisian yang memerlukan kerja pemprosesan yang berat. Dari segi grafik pula, Y710 dikelaskan sebagai sebuah desktop sedia VR dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB, membolehkan gamers menikmati permainan dengan grafik 4K dan juga mana-mana permainan format VR.
Lenovo IdeaCentre Y710 dijual pada harga RM 6,099. Bagi mereka yang ingin mencuba dan melihat sendiri Y710 dan juga barisan peranti gaming Lenovo Y, anda bolehlah singgah di roadshow Lenovo dari 14 sehingga 20 November di Plaza Low Yat.



