
Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan bahawa pelan jalur lebar rumah terbaru mereka sudah sedia untuk dinikmati pengguna, pelan tersebut menawarkan pelanggan kuota Internet yang mencukupi untuk penstriman filem, rancangan TV dan muzik terus dari keselesaan ruang tamu rumah mereka sendiri.
Pelan jalur lebar Digi adalah tawaran bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk kandungan digital. Rakyat Malaysia semakin bergerak ke arah hiburan digital yang membolehkan mereka untuk menonton kandungan bila-bila masa dan di mana sahaja yang mereka mahu dan bukannya terus terikat dengan jadual program seperti rancangan TV konvensional.
Semua pelan Digi Broadband baru datang dengan 19 saluran streaming percuma, antara kandungan yang boleh diakses adalah YouTube, Dailymotion serta stesen radio Astro dan Media Prima. Mereka yang menggunakan mana-mana saluran ini boleh stream secara percuma tanpa menggunakan kuota Internet bulanan mereka.
Pelanggan juga boleh melihat ke hadapan untuk menikmati kandungan atas permintaan dan tawaran daripada penyedia bahagian kandungan seperti dimsum yang membekalkan kandungan asia, iflix, Netflix, Astro On The Go, Tonton, HyppTV Everywhere, Viu dan HeroTalkies. Digi Broadband juga menawarkan streaming muzik dari Spotify, Sing! Karaoke by Smule, Deezer, Raku, Apple Music, Joox dan banyak lagi.
Pelanggan yang mendaftar untuk pelan baru akan mendapat akses percuma 30 hari kepada 11 saluran premium di Astro On The Go dan 2 bulan akses iflix (bernilai RM20), yang ditaja oleh Digi.
Pelan Digi Broadband baru sesuai kemampuan berharga RM30 (6GB), RM60 (20GB) atau RM100 (50GB)dan memberikan pelanggan fleksibiliti untuk memilih sama ada prabayar atau kaedah pembayaran pasca bayar.