
Memperkenalkan Thinga, Enjin Carian Khas Buat Kanak-Kanak
Bagi ibu-bapa yang risau tentang kandungan internet yang diakses anak anda, kini terdapat satu alternatif yang boleh anda cuba sebagai langkah keselamatan. BJ Heiney dari The Bear James Company telah mencipta Thinga, satu enjin carian khas buat kanak-kanak. Anak anda boleh mengakses pelbagai maklumat seperti yang mereka lakukan pada enjin carian biasa, namun apa yang berbeza pada Thinga adalah laman sumber akan dianalisis dan dilabel sebagai selamat sebelum dapat diakses anak anda. Laman muka Thinga sendiri memaparkan visual yang ceria dan cadangan kandungan yang bermanfaat, terdapat permintaan dari orang ramai yang mahukan Thinga dalam bentuk aplikasi, namun masih tiada berita sama ada ianya akan menjadi kenyataan.

