Celcom EasyPhone Kini Menawarkan iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Bersempena kehadiran Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus hari ini di Malaysia, Celcom tidak melepaskan peluang dengan menawarkan peranti terbaru ini menerusi program yang dipanggil EasyPhone.

Bermula hari ini 20 oktober 2017, kesemua cawangan Blue Cube, Celcom Certified Partners, dan stor atas talian Celcom akan mula mempamerkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Pelanggan juga boleh memiliki iPhone 8 64GB bermula RM203 sebulan (termasuk kredit RM30x 24 bulan) melalui pelan prabayar Xpax. Sementara, iPhone 8 Plus 256GB pula boleh dimiliki dengan komitmen bulanan sebanyak RM265. Kedua-dua harga ini tidak termasuk pelan perlindungan peranti.

Untuk pelan pascabayar, iPhone 8 64GB boleh dimiliki dengan harga serendah RM83 sebulan, manakala iPhone 8 Plus 64GB dengan harga bermula RM100 sebulan. Sila rujuk gambar di bawah untuk pilihan plan yang ditawarkan.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kini dilengkapi paparan True Tone Retina HD, cip pemproses A11 Bionic, pengecasan pantas dan tanpa wayar, serta sensor kamera yang lebih baik. Ciri Potrait Lighting pula membolehkan pengguna menggelapkan latar belakang seperti efek di studio selain, rekaan yang menggunakan panel gelas. Ia ditawarkan dengan pilihan warna baharu Gold, Silver, dan Space Grey.

Celcom menawarkan program EasyPhone ini berserta pelan FIRST Gold Plus, FIRST Gold Supreme, FIRST Platinum, dan FIRST Platinum Plus dengan kontrak selama 24 bulan.

You might also like