Sharp Umumkan Aquos R Compact Dengan Paparan 120Hz

Sharp sebuah jenama telefon pintar yang berasal dari Jepun baru-baru ini mengumumkan Aquos R Compact. Ianya sebuah peranti yang lebih kecil dan kompak berbanding Aquos R yang terdahulu.

Apa yang dibawakan oleh Aquos R Compact ini ialah kehadiran skrin bersaiz 4.9 inci dengan paparan IGZO LCD 2032 x 1080p. Rekaan ini juga menampilkan paparan hampir penuh di bahagian atas sebaliknya terdapat butang home dan ruang kosong di bahagian bawah.

Menariknya, paparan ini kini menyokong kadar segar semula setinggi 120Hz iaitu dua kali ganda lebih laju berbanding kebanyakan telefon pintar yang ada di pasaran. Ia lebih respon digunakan apabila pengguna mentatal skrin dengan pantas.

Dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 660, RAM 3GB serta storan sebesar 32GB, peranti ini turut dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo di samping antaramuka EMOPA 7.0. Untuk kemera belakang, ia menyediakan sensor 16.4 Megapiksel sementara kamera depan pula hadir dengan 8 Megapiksel. Kuasa janaan dibekalkan dengan bateri berkapasiti 2,500mAh yang juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Sharp Aquos R Compact akan mula dijual Disember ini di pasaran Jepun secara eksklusif. Bagaimanapun, Sharp tidak mengulas mengenai jualannya di negara lain.

You might also like