

Jabra selaku peneraju dalam dunia pembangunan dan pengeluaran pelbagai rangkaian solusi audio serta komunikasi terkemuka antarabangsa, komited untuk memasarkan set alat pendengaran tanpa tali Jabra Elite Sport kepada para pengguna di Malaysia. Peranti yang diperkenalkan ini sangat sesuai digunakan dalam aktiviti bersenam atau aktiviti sukan mampu memberikan keselesaan yang baik.
Jabra menawarkan set fon telinga canggih tanpa tali generasi baharu khas buat golongan peminat sukan dengan memberikan audio terbaik menerusi empat mikrofon, ia berfungsi untuk pertukaran pintar ketika menerima panggilan dengan fungsi penyingkiran bunyi asing, malah ia juga mendapat perlindungan tambahan bertaraf IP67 kalis peluh dan air selama tiga tahun. Jabra Elite Sport mampu berfungsi sekurang-kurangnya 30 minit di dalam air sehingga satu meter.
Selain memainkan lagu, Jabra Elite Sport juga berupaya menganalisa kecergasan peribadi menerusi pemantau kadar degupan jantung dengan 90 peratus ketepatan melalui aplikasi Sport Life App yang boleh dimuat turun di App Store atau Google Play. Di samping itu, tempoh berbual dan memainkan muzik mampu bertahan sehingga 3 jam termasuk 6 jam tambahan melalui bekas bimbit yang disediakan.
Jabra Elite Sport boleh didapati di pasaran dengan harga RM1,259 di semua kedai dan pengedar sah yang terpilih.



Sementara itu, Jabra juga memperkenalkan pelbagai model lain seperti Pulse (RM799), Coach (RM699) dan Pace (RM499) di acara tersebut. Pembelian boleh dibuat melalui laman e-dagang secara eksklusif di Lazada untuk mendapatkan sebuah power bank Pineng PN-920 20,000mAh bernilai RM79 secara percuma.
Promosi eksklusif ini hanya dihadkan kepada pelanggan Lazada sahaja bersempena Kempen Riang Ria Raya yang berlangsung dari 19 Mei sehingga 25 Jun ini.

