Syarikat Essential Umum Pemberhentian Pengeluaran Essential PH-1

Berita yang agak mengejutkan apabila Essential PH-1 yang dilancarkan pada Mei 2017 kini disahkan telah diberhentikan pengeluarannya secara rasmi.

Telefon pintar ini sudah tidak boleh lagi dibeli di laman sesawang mereka dan Syarikat Essential berkata bahawa mereka akan menumpukan perhatian kepada produk kedua mereka.

Bagi pengguna Essential Ph-1, jangan bimbang kerana syarikat tersebut menegaskan bahawa kemas kini akan diteruskan. Terdahulu, syarikat tersebut mendakwa telefon pintarnya itu akan menerima kemaskini sehingga Android Q.

Dikhabarkan, penjualan peranti in kurang memuaskan disebabkan oleh keupayaan kameranya yang agak mengecewakan.

Baca juga: 

 

You might also like