Internet Tanpa Had Percuma Kepada Pengguna Celcom Pada 1 Januari 2019

1592
- Iklan -

Celcom baru sahaja mengumumkan akan menawarkan internet tanpa had percuma pada esok bersamaan 1 Januari 2019. Tawaran ini bersempena dengan sambutan tahun baru.

Tawaran ini hanya boleh ditebus sebelum 31 Disember 2018, 11:59 malam. Penggunaan internet tanpa had percuma ini bermula dari 1 pagi hingga 7 pagi pada 1 Januari 2019 dan pengguna perlu menggunakan rangkaian 4G LTE.

Apa yang pasti, tawaran ini boleh ditebus menerusi aplikasi Celcom Life atau menu USSD. Pengguna yang menggunakan Celcom Life perlu ke “My Notification” dan pilih “Free Internet On Us”. Bagi USSD pula, anda perlu mendail *118*1#, dan pilih “Free Internet On Us”.

Setelah berjaya, anda akan menerima 1 SMS dan anda boleh terus menggunakan internet tanpa had bermuda dari jam 1 pagi hingga 7 pagi, 1 Januari 2019.

Baca juga: