Jenama Telefon Mewah Vertu Menutup Kilang Pengeluaran?!

Sebuah syarikat telefon mewah di England, Vertu terpaksa menutup sektor pengeluaran gara-gara tidak dapat melunaskan hutang sebanyak £128 juta (bersamaan RM710.72 juta) kepada bank. Pemilik kepada syarikat ini, Hakan Uzan juga dikatakan masih belum membayar £50 juta (bersamaan RM277.63 juta) kepada pemilik asal dari Hong Kong, Gary Chen.

Memandangkan jumlah yang perlu ditanggung agak tinggi, Vertu telah memberhentikan 200 pekerja pengeluaran bagi menjimatkan kos. Tambahan pula, pekerja yang diberhentikan tidak dibayar pampasan selain cubaan menghubungi wakil Vertu gagal.

Hakan Uzan yang memegang jenama, teknologi dan lesen Vertu masih lagi belum mengumumkan sama ada pengeluaran akan dilakukan pada masa kelak. Syarikat yang menghasilkan telefon pintar mewah Android dengan harga yang begitu tinggi ini dikatakan telah ditandingi oleh syarikat pihak ketiga. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah pengeluar yang menghasilkan aksesori mewah seperti salutan emas dan berlian untuk peranti iPhone dan Samsung.

Adakah orang sekeliling perasan yang anda telah menghabiskan wang sebanyak RM50,000 untuk sebuah telefon yang diletakkan di atas meja di kedai makan?

You might also like