[Ura-Ura] : Foto Peranti Misteri Didakwa Dengan Kamera Selfie 44MP Kini Menjadi Bualan Hangat?

Kecoh di media sosial apabila tular sekeping foto peranti misteri didakwa memiliki kamera selfie dengan konfigurasi yang unik. Foto berkenaan bagaimanapun menjadi bualan hangat warganet selepas dikongsi oleh seorang Youtuber Tech, Arun Maini aka Mrwhosetheboss menerusi akaun Twitter.

Menurutnya, peranti misteri tersebut merupakan pertama di dunia didatangkan dengan kamera selfie sebesar 44MP. Lensa peranti misteri ini mungkin dibuat khas untuk model berkenaan. Selain daripada itu, peranti tersebut juga dilihat mempunyai sokongan dua lubang untuk kamera hadapan.

Seperti sedia maklum, kamera selfie tertinggi buat masa ini adalah 32MP. Pun begitu, terdapat sumber mengatakan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G mungkin didatangkan dengan kamera selfie sebesar 40MP. Nampaknya, persaingan semakin rancak dan sengit! Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannnya. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like