Korang Kini Boleh Pra – Daftar Untuk The Seven Deadly Sins: Grand Cross! Tunggu Apa Lagi?!

 

Berita baik! Permainan mudah alih The Seven Deadly Sins: Grand Cross kini sudah boleh di pra – daftar hari ini menerusi App Store dan Google Play. Pra daftar ini akan didatangkan dengan sejumlah ganjaran menarik (setelah dilancarkan kelak) termasuk : watak Meliodas, kostum dan senjata untuk watak Meliodas, 30 Diamonds, 100,000 Gold dan kotak ganjaran bersama barangan di dalam permainan.

Difahamkan, permainan ini bakal dilancarkan secara global pada tahun ini. The Seven Deadly Sins: Grand Cross membuatkan pemain merasai sendiri pengembaraan Meliodas ke dalam sebuah pengalaman penceritaan. Pemain juga dikatakan boleh mencipta serta membina pasuka sendiri berdasarkan watak diperoleh. Pra – daftar The Seven Deadly Sins: Grand Cross menerusi : App Store | Google Play

You might also like