OnePlus 5T Menang Dalam Pengecasan Paling Pantas

1067

Antara ciri menarik yang OnePlus 5T bawakan ialah pengecasan pantas Dash Charge. Ini kerana telefon pintar dengan spesifikasi tinggi secara tidak langsung akan menggunakan tenaga bateri yang lebih banyak.

OnePlus 5T kini gunakan skrin 18:9

Bagaimanapun, baru-baru ini syarikat kecil ini ada berkongsi satu iklan di laman twitter mereka menunjukkan kepantasan peranti dicas. Sebelum ujian pengecasan dilakukan, mereka meletakkan beberapa peranti induk dari jenama lain secara bersebelahan.

Pengecasan dilakukan dalam keadaan skrin menyala selama 30 minit. Keputusan menunjukkan OnePlus mendahului sebanyak 57% meninggalkan jauh pesaing iPhone 8 Plus, Galaxy S8+, dan Pixel 2 XL.

Faktor seperti bateri OnePlus 5T yang kecil juga tidak boleh dinafikan. Namun untuk kapasiti 3,300mAh mampu dipenuhkan 57% dalam masa 30 minit sudah cukup mengagumkan. Jadi di sini kami ada sediakan sedikit jadual info untuk anda.

  • OnePlus 5T : 3,300mAh – 57% (20W)
  • iPhone 8 Plus : 2,691mAh – 16% (5W)
  • Galaxy S8+ : 3,500mAh – 17% (15W)
  • Pixel 2 XL : 3,520mAh – 11% (10.5W)

 

Sumber : OnePlus