Sokongan Face ID & Voice ID Pada Kemas Kini Terbaru Maybank2u

1088
Pelakon Sara Ali telah mencuba sendiri aplikasi Face ID pada Maybank2u

Sebelum ini Maybank mengemaskini aplikasi Maybank2u dengan sokongan pengimbas cap jari. Terbaru, aplikasi ini telah menambah dua lagi ciri-ciri biometrik terbaru iaitu pengimbas wajah (Face ID) serta pengecaman suara (Voice ID).

Ia secara tidak langsung menjadikan Maybank sebagai bank pertama di Malaysia yang menyokong ketiga-tiga sistem biotmetrik sebagai ciri pengesahan pada aplikasi.

Bagi membolehkan pengguna menikmati sokongan Face ID dan Voice ID ini, perlu mengemaskini aplikasi dengan versi terkini terlebih dahulu. Syarat lain yang diperlukan adalah kamera hadapan sekurang-kurangnya 2 Megapiksel serta mikrofon telefon berada dalam keadaan baik.

Sepertimana pengimbas cap cari, pengesahan biometrik ini hanya membenarkan pengguna untuk memeriksa baki akaun sahaja. Untuk melakukan sebarang transaksi lain, anda perlu memasukkan kata laluan dan ianya dilihat lebih selamat.